Kehilangan Pesawat MAS MH370 – Malaysia Berdoa!!

Tulisan di bawah ini diambil dari:

http://suaramuhajirin313.blogspot.com

Selamat membaca!

Malaysia sedang bersedih! Dengan apa yang berlaku terjadi, suasana sedih, pilu dan simpati berlaku di mana-mana. Rakyat Malaysia kelihatan ‘bersatu’ dengan insiden ini. Kebanyakannya melupakan perbedaan politik, agama, bangsa dan budaya bagi melahirkan perasaan yang sama menghadapi situasi yang menyedihkan ini.

Semua pihak kembali memperkatakan tentang kuasa Tuhan sahajalah yang menentukan segala-galanya. Masing-masing – tanpa disuruh – mendoakan dengan bahasa dan tatacara kepercayaan yang mereka anut. Bahkan suasana bersedih ini berlaku di mana-mana. Setiap pihak memberikan simpati dengan mengurangkan atau membatalkan aktiviti kegembiraan, bersuka ria atau berhibur. 

TV3 dan Media Prima khabarnya mengubah suai kandungan siarannya agar seiring dengan suasana kesedihan yang wujud  dimana-mana. Hari Ahad khabarnya MHI berlangsung ‘live’ sehingga ke petang. Perbincangan dan temu ramah dengan pakar-pakar berkaitan penerbangan menjadikan rakyat Malaysia semakin terbawa jauh ke dalam insiden ini bersama-sama. Ianya bukan lagi situasi yang hanya kena pada keluarga mangsa terlibat tetapi secara tidak langsung menarik semua rakyat Malaysia menjadi sebuah keluarga besar yang jika ‘dicubit paha kanan, paha kiri akan terasa juga.’ 

Kita tidak pasti apakah setakat ini Kementerian Penerangan telah menetapkan garis panduan siaran yang mengambil kira ‘mood’ kesedihan rakyat. Inilah yang Pak Lang ‘temui’ ketika membuka radio semasa memandu pulang ke rumah malam tadi. Apa yang ketara, kebanyakan stesen radio (dan diharapkan juga semua stesen tv) telah melakukan perubahan pada siaran mereka.

Gelak ketawa dan gurau senda berlebihan sudah berkurangan. Lagu-lagu berirama rancak dan keterlaluan – menurut seorang juruhebah radio perlu digantikan dengan nada yang bersesuaian. Rata-rata lagu yang dipilih untuk siaran bernada sederhana dan sentimental yang mempunyai elemen kasih sayang, kekeluargaan, keharmonian, keinsafan dan kesedaran. Irama nasyid serta lagu-lagu ketuhanan mengajak kembali kepada Tuhan menjadi pilihan sebahagian penerbit.

Ianya suatu yang mengharukan. Suasana ini bukanlah boleh dirancang atau dimesyuaratkan bagi mendapatkan kesepakatan. Ini adalah contoh betapa agungNya kuasa Tuhan. Dialah kuasa yang maha mengubah segaIanya. Rakyat Malaysia sedang didorong ke arah kesatuan rasa kepada Tuhan dan diperlakukan untuk saling menerima dan saling menghargai sesama kita. Inilah suasana yang semakin jelas kelihatan apabila kita memasuki hari kelima kehilangan pesawat berkenaan. 

Kita tidak tahu sampai bilakah ianya akan berlangsung. Semuanya bergantung kepada Tuhan yang maha kuasa bagi memberikan peluang untuk kita menyaksikan kebesaran dan kekuasaanNya. Dalam keadaan masing-masing tertanya-tanya tentang apa yang sebenarnya berlaku, semua rakyat Malaysia di mana jua berada hanya mampu berdoa.

Dua tiga malam terakhir ini sudah ramai rakyat Malaysia beragama Islam mengerjakan solat hajat. khusus memohon pertolongan Allah SWT. Di beberapa masjid tertentu, ramai jemaah berkumpul mengerjakan solat hajat secara berjemaah. Kita yakin ini adalah suasana yang sepatutnya wujud di negara kita. 

Jika kita bersungguh-sungguh mengajak seluruh rakyat kembali kepada Tuhan – secara serius dan komprehensif – insya Allah akan memberi respon terhadap doa dan rintihan kita semua.

Ya Allah, temukanlah MH370 !!!

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s