TADZKIRAH, Mengenai Shalat

12 PERINGATAN TENTANG SHOLAT

Tulisan ini ditujukan teutama bagi kawan-kawan dan anak-anak sekalian. Ini adalah ingatan dari Dato’ Ratu Ibu Hatijah Aam dari Abuya Ashaari Muhammad ketika masih ada:

1. Imam kalau perlu, ambil masa sebelum solat untuk mengatur/menyusun
makmum. Sunnat menyebut 3 kali shaf! Shaf! Shaf!. Apabila sudah menghadap kiblat, jangan lengah-lengah lagi, terus takbir. Kalau kita jenis lama tanam niat, jangan jadi Imam sebab kita ada tanggungjawab terhadap makmum.

2. Imam ketika membaca surah, jangan songsang. Yang dahulu mesti
didahulukan, yang kemudian dikemudiankan. Contoh, jangan baca surah
An Nas dulu kemudian Al-Ikhlas.

3. Takbir Imam antara 2 perenggan perkataan Allahu Akbar mesti disambung, jangan dimatikan huruf ha. Kalau tak mampu sebut Allahu Akbar secara disambung, sebut Allah Akbar. Jangan tambah perkataan hu.

4. Mengangkat tangan waktu takbir masuk rakaat pertama dan rakaat ketiga, hadnya antara bahu dengan telinga.

5. Waktu sujud letak tangan antara bahu dan telinga.

6. Apabila kita ruku’, sunat pegang lutut, supaya belakang jadi mendatar. Memegang betis adalah makruh.

7. Dalam kita ruku’, kita membaca subhanarobbial ‘adzimi wabihamdih
maksimum 11 kali. Jangan lebih. Kalau lebih daripada 11 kali, sembahyang kita batal.

8. Sembahyang mesti ikut Imam. Makmum ikut makmum, sembahyangnya batal.

9. Duduk antara 2 sujud atau tahiyyat awal & akhir, jari kaki kanan tegakkan dan luruskan menghadap kiblat. Duduk macam anjing, di mana kedua-dua kaki dilipat di bawah punggung, hukumnya makruh.

10. Duduk tahiyyat, tangan tak boleh terlalu depan, tak boleh terlalu belakang dari lutut. Tak boleh jari terlalu terbuka dan tak boleh
juga terlalu rapat, tertutup.

11. Apabila kita bangun dari sujud atau iktidal, jeling kaki kiri, kanan supaya shaf tetap lurus dan rapar sebelum kita takbir.

12. Salam kena pandang habis ke sisi belakang baik kanan atau kiri.

BAB BACAAN

1. Bacaan Al Fatehah dan surah-surah lazim kena dibaiki tajwid, makhraj serta panjang pendeknya.

2. Ketika salam kanan dan kiri mendoakan seluruh makhluk di kanan di kiri kita.

Mohon ampun ma’af, wabihi wallabi a’lam.

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s