Perkembangan MH370 Hari Ke 13 Bersedekahlah!

By : http: heliconia.wordpress.com/2014/03/20/perkembangan-mh370-hari-ke-13/

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada tetamu saya yang dihormati, para pengunjung  blog.

Frankly, I don’t know what else to write,  usually my write up are as short as they could be, other times mostly are copied and pasted ( reblogged)… Here is my impromptu comment, replying to a question. Sorry I am such a lazy blogger.
——————
Soalan : Jd ada apa2 perkembangan terkini tak dr phk Skylab?

Komen saya : Misi kali ini tidak terbuka seperti yang sebelumnya. Dengan canggihnya teknologi akal, begitu jugalah teknologi roh. Kita sebagai orang Islam sepatutnya yakin dan percaya dengan hal sedemikian seperti mana dalam ayat Al Quran :

Telah Bersabda Sulaiman
” Wahai orang-orang mulia, siapakah diantara kamu yang boleh membawa kepadaku tahta kerajaan Ratu Saba’ itu sebelum mereka datang tunduk kepadaku?”
Berkata Ifrit di antara Jin
” Saya dapat membawanya kepadamu sebelum engkau berdiri dari majlis ini, sesungguhnya saya kuat lagi jujur”
Berkata seorang manusia yang di sisinya ada ilmu dari Kitab ” Saya boleh membawanya kepadamu dalam sekelip mata” AnNaml: 38-39

Al Quran sendiri memberitahu, manusia yang terpilih, rezeki mereka, keupayaan mereka lebih hebat dari golongan makhluk lain.

Kita sebagai manusia awam yang jahil dan banyak dosa, tidak mampu menukilkan apa hikmah kejadian ini. Apakah keputusan Allah SWT, pengarah ‘filem’ kepada semua kejadian ini. Adakah dijumpai, adakah terus tersembunyi? Adakah kita rakyat Malaysia akan terus-terusan melupakanNya walau telah diuji dengan satu ujian sebesar ini? Adakah kita rakyat Malaysia akan kembali kepada Allah setelah pesawat dijumpai?

Tsunami Aceh telah memperingatkan kita, 10 tahun lalu. Adakah kita telah berubah dan insaf?

Kes MH370, Merumitkan, hingga kredibiliti negara dan para pemimpinnya dipersoalkan dunia, mereka faham ini kes luar biasa, tetapi sedunia seakan menafikan kekuasan Allah, Tuhan pencipta alam ini..

Begitu bersabarnya Tuhan Pencipta Alam…. Akan kerenah manusia ciptaanNya.. Yang sah menolak, para atheist tu lain ceritalah… Ini orang Islam sendiri malu untuk memperkenalkan Allah Tuhan pencipta Alam pada dunia….

Baru-baru ini saya bertemu seorang isteri pilot senior, bekas pilot MAS, dah bersara…. Saya tanya padanya… Apa pendapat suaminya tentang kehilangan MH370… Suaminya ni pula, masa tu ada wartawan sibuk memburunya…nak fakta, nak bahan berita… Last2 ex-pilot ni tak sabar, dia kata ‘ you balik buka Al Quran, you carilah jawaban!!’…

Begitulah….SKYLAB… Nama yg diilhamkan, diberi kepada sekumpulan manusia berdosa yang menumpang karamah seorang wali Allah di zaman ini, zaman kemenangan Islam…. Mereka hanya manusia biasa yang perlu bertaubat sungguh-sungguh, itulah usaha mereka dalam misi pencarian…. Teknologi ini lah yang akal tak boleh terima…

Berkenaan perkembangan dan keputusan, kita sama-sama tunggu. Hal ini sepatutnya kita biarkanlah mereka dengan misi mereka, termasuklah dalam misi itu, menyelamatkan iman manusia ( secara tak langsung)… bukankah itu lebih penting di dunia dan akhirat… Namun, keputusan di tangan Allah SWT….

Mana lebih penting bagi Allah dan Rasul.? Tentulah Iman… Walau terpaksa dikorbankan nyawa seramai 239 orang manusia… Yang kesan peristiwa ini telah menyentuh hati dan akal bilion manusia sedunia..

Berdoalah untuk mereka, penumpang pesawat MH370… Walau di alam mana mereka berada….

Berdoalah untuk dunia yang gelap ini, agar dicahayakan semula, agar Allah dikembalikan semula ke dalam hati-hati manusia….

Artikel ini diambil dari:
http://heliconia.wordpress.com/2014/03/20/perkembangan-mh370-hari-ke-13/

TADZKIRAH, Mengenai Shalat

12 PERINGATAN TENTANG SHOLAT

Tulisan ini ditujukan teutama bagi kawan-kawan dan anak-anak sekalian. Ini adalah ingatan dari Dato’ Ratu Ibu Hatijah Aam dari Abuya Ashaari Muhammad ketika masih ada:

1. Imam kalau perlu, ambil masa sebelum solat untuk mengatur/menyusun
makmum. Sunnat menyebut 3 kali shaf! Shaf! Shaf!. Apabila sudah menghadap kiblat, jangan lengah-lengah lagi, terus takbir. Kalau kita jenis lama tanam niat, jangan jadi Imam sebab kita ada tanggungjawab terhadap makmum.

2. Imam ketika membaca surah, jangan songsang. Yang dahulu mesti
didahulukan, yang kemudian dikemudiankan. Contoh, jangan baca surah
An Nas dulu kemudian Al-Ikhlas.

3. Takbir Imam antara 2 perenggan perkataan Allahu Akbar mesti disambung, jangan dimatikan huruf ha. Kalau tak mampu sebut Allahu Akbar secara disambung, sebut Allah Akbar. Jangan tambah perkataan hu.

4. Mengangkat tangan waktu takbir masuk rakaat pertama dan rakaat ketiga, hadnya antara bahu dengan telinga.

5. Waktu sujud letak tangan antara bahu dan telinga.

6. Apabila kita ruku’, sunat pegang lutut, supaya belakang jadi mendatar. Memegang betis adalah makruh.

7. Dalam kita ruku’, kita membaca subhanarobbial ‘adzimi wabihamdih
maksimum 11 kali. Jangan lebih. Kalau lebih daripada 11 kali, sembahyang kita batal.

8. Sembahyang mesti ikut Imam. Makmum ikut makmum, sembahyangnya batal.

9. Duduk antara 2 sujud atau tahiyyat awal & akhir, jari kaki kanan tegakkan dan luruskan menghadap kiblat. Duduk macam anjing, di mana kedua-dua kaki dilipat di bawah punggung, hukumnya makruh.

10. Duduk tahiyyat, tangan tak boleh terlalu depan, tak boleh terlalu belakang dari lutut. Tak boleh jari terlalu terbuka dan tak boleh
juga terlalu rapat, tertutup.

11. Apabila kita bangun dari sujud atau iktidal, jeling kaki kiri, kanan supaya shaf tetap lurus dan rapar sebelum kita takbir.

12. Salam kena pandang habis ke sisi belakang baik kanan atau kiri.

BAB BACAAN

1. Bacaan Al Fatehah dan surah-surah lazim kena dibaiki tajwid, makhraj serta panjang pendeknya.

2. Ketika salam kanan dan kiri mendoakan seluruh makhluk di kanan di kiri kita.

Mohon ampun ma’af, wabihi wallabi a’lam.

SERAH TERIMA BANTUAN

Hari Jumat, adalah penghulu segala hari, dimana ummat Islam wajib melaksanakan Upacara Peribadatan Akabar (Shalat Jumat) untuk meningkatkan hubungannya dengan Tuhan sekaligus sebagai ijtimak mingguan untuk merapatkan kasih sayang dan persaudaraan di kalangan sesama muslim. Moga-moga kita dapat menegakkannya secara tepat mengikut panduan dari Allah seperti yang dicontohkan oleh Baginda Nabi. Moga-moga kesannya adalah segera lahir masyakat takwa.

Di hari Jumat ini, Yayasan Baji Ateka Sulawesi atas nama Kebenaran, mendapat kehormatan untuk menerima dan menyambut tetamu, ……. dari PT. Pegadaian Persero.

“Tetamu datang membawa rahmat, pulangnya adalah penghapusan dosa”. Begitu menurut sabda Baginda.

Kedatangan tetamu dari Pegadaian kali ini adalah dalam kaitan Serah Terma Bantuan. Dimana sehari sebelumnya pihak pegadaian telah mengirim 30 unit meja kursi belajar bagi pihak yayasan yang diterima langsung oleh Ketua Yayasan, didampingi oleh sekretaris yayasan.

Berikut ini adalah foto-foto kegiatan serah terima batuan tersebut, 14.03.2014 di Taman Samalona Tanjung Bunga Makassar.

PENGERTIAN JAHILIAH DAN IBADAH

PENGERTIAN JAHILIAH DAN IBADAH

Apa itu Jahiliah ?
Tidak berilmu penetahuan?
Tidak berkemajuan?
Tidak bermasyarakat atau tidak berperadaban?
Tidak percaya kepada Allah?

Seseorang atau sebuah masyarakat itu dikatakan jahiliah, bukan karena tidak berilmu pengetahuan, atau tidak berkemajuan, atau tidak berperadaban, atau tidak tidak percaya dengan adanya Allah. Individu atau masyarakat itu dikatakan jahiliah ialah apabila seseorang atau satu kelompok masyarakat itu “tidak beribadah kepada Allah”. Sekalipun seseorang atau satu kelompok masyarakat itu percaya kepada Allah dan seterusnya …. tetapi mereka itu tidak mau tunduk, patuh dan menghambakan diri kepada Allah maka seseorang atau sesuatu kelompok masyarakat itu dikatakan orang atau masyarakat jahiliah.

Apakah ibadah itu?

Ibadah ialah melahirkan rasa-rasa kehambaan kepada Allah dengan Cara-cara yang telah ditentukan oleh Allah. Jadi beribadah kepada Allah itu ada tata-caranya yang tersendiri. Tidak boleh kita mereka-reka sendiri.

Bagaimana Cara Beribadah Kepada ALLAH?

Cara menyembah Allah ada 3 bagian:
1. Ibadah yang asas : mempelajari, memahami, meyakini dan menghayati ukun iman, serta mempelajari, memahami, menghayati dan melaksanakan rukun islam.

2. Ibadah fadhailul amal : Amalan-amalan yang utama seperti puasa Senin Kamis, shalat tahajud, shalat sunat rawatib, membaca ayat-ayat tasbih, tahmid, tahlil, membaca shalawat dll.

3. Ibadah yang umum, yang lebih luas, seluas dunia, yaitu ibadah yang mubah jadi ibadah asalkan menempuh lima syarat :
1) Niat mesti betul
2) Perkara yang kita buat dibenarkan syariat
3) Pelaksanaan sesuai dengan syariat
4) Natijah (hasil) digunakan sesuai syariat
5) Jangan tertinggal ibadah yang asas

Ibadah yang asas, serta ibadah yang fadhu, kalau kita dapat amalkan sungguh-sungguh lahir dan batin, dengan penuh khusyuk, dapat membuahkan akhlak yang mulia, budi pekerti yang baik, khusnul khulq. Akhlak yang mulia ini merupakan buah ibadah. Sebab itulah Allah menilai ibadah manusia bukan atas dasar banyak tapi sejauh mana memberi hasil, dapat membuahkan akhlak. Seharusnya makin banyak beribadah, makin halus akhlaknya. Itu yang disebut amal taqwa, amal sholeh. Tapi kalau ibadah banyak tidak membuahkan akhlak mulia, masih lagi dihukum di neraka.

Sebagaimana kisah :
Pernah Rasulullah SAW berkumpul bersama dengan para sahabat, kemudian Rasulullah berkata, saya memiliki seorang tetangga wanita, dia berpuasa siang harinya dan di malam harinya shalat tahajjud, tetapi ia ahli neraka. Sahabat bertanya, bagaimana wanita itu ya Rasulullah, jawab baginda Rasulullah SAW, wanita itu selalu menyakiti tetangga dengan lidahnya. (Tidak ada kebaikan lagi baginya) dia adalah ahli neraka.

Kenapa ? sebab ibadah tak berbuah. Jadi orang yang menyakiti orang lain, ibadahnya tidak melahirkan akhlak.

Sementara itu satu hari Rasulullah SAW bercerita di depan sahabat, tidak lama lagi akan datang seseorang di majlis ini, dia ahli syurga. Kalau Rasulullah SAW berkata, dia itu ahli surga, maka itu pasti ahli syurga. Jadi sahabat menunggu siapa yang akan datang. Tak lama kemudian datang seseorang. Sahabat banyak yang tidak kenal. Setelah kuliah, sahabat ada yang ingin mengambil perhatian, apa amalannya sampai Rasulullah sebut dia ahli syurga. Sahabat itu mengikuti sampai ke rumahnya dan meminta izin untuk bermalam. Sahabat ingin melihat apa amalannya sehingga Rasulullah sebut ahli syurga. Jadi setelah diikuti sepanjang malam, tidak ada yang istimewa, shalat sunat tak dibuat, tahajud pun tak dibuat. Lepas subuh sahabat bertanya, waktu kuliah semalam Rasulullah berkata, sebelum saudara datang, sebentar lagi akan datang seorang ahli syurga. Saya ingin tanya apa amalan saudara, sampai dapat dikatakan ahli syurga. Jawab orang itu, saya bukan saja tidak ada hasad dengki dengan orang, niat untuk hasad pun tidak ada. Jadi ibadah yang sedikit berbuah.

Sedangkan ibadah yang ketiga adalah bentuk ibadah yang lebih luas lagi. Setiap kerja akan menjadi ibadah apabila menempuh lima syarat. Misalnya di bidang ekonomi, sains teknologi, pendidikan, pemerintahan, dll. Jelaslah bagi kita bahwa ibadah ini akan melahirkan pembangunan fisik. Inilah yang dikatakan ada keseimbangan di antara pembangunan rohaniah dan fisik.

Bagaimana yang disebut seimbang ? Bila kita melaksanakan ibadah yang pertama dan kedua artinya kita melahirkan akhlak yang mulia, kemudian melaksanakan ibadah yang ketiga dengan menempuh 5 syarat, maka melahirkan pembangunan fisik. Kalau umat Islam benar-benar mengikuti kaedah itu maka tentulah Islam akan berjaya memakmurkan dunia. Tetapi selagi kita masih mengikuti sistem orang lain, bukan kejayaan yang dicapai bahkan berkrisis sesama sendiri.

Setiap usaha ikhtiar kita akan jadi ibadah bila menempuh 5 syarat, banyak perkara yang kita tidak faham selama ini sudah dapat difahami. Apa yang kita fahami melalui kaedah 5 syarat ini :
Kaedah 5 syarat membuktikan bahwa kemajuan dunia dan kemajuan akhirat tidak terpisah, atau ibadah dan kemajuan tidak terpisah. Buktinya kalau kita menguruskan kedai dengan menempuh 5 syarat, bukankah itu kemajuan dunia. Dia dapat maju di bidang ekonomi, bahkan apabila dia menempuh 5 syarat, Allah nilai dengan syurga. Mana yang dikatakan terpisah di antara kemajuan dunia dan akhirat.
Setelah kita mengetahui tentang kaedah 5 syarat ini, maka salahlah pandangan umum selama ini yang menganggap 50 % dunia, 50 % akhirat. Mana ada 50-50 dalam Islam. Dalam Islam kemajuan dunia itulah juga kemajuan akhirat.

Dengan kaedah 5 syarat maka nampaklah pada kita keindahan Islam. Satu perkara kita buat, dapat dua keuntungan, untung dunia dan untung akhirat.
Pembangunan yang ditegakkan, baik di bidang sains teknologi, pendidikan dsb., itu merupakan buah. Buah yang lahir ada pohonnya, yaitu karena umat Islam menegakkan hukum-hukum dan ibadah kepada Allah dalam kehidupan. Contohnya yang membuat perniagaan dengan membuka kedai karena tuntutan fardhu kifayah. Bila maju kedai itu artinya dia telah membangun kemajuan di bidang ekonomi.

Kalau begitu, semakin banyak umat Islam beribadah dengan cara yang ketiga, maka semakin banyaklah kemajuan umat Islam. Akhirnya umat Islam dapat berdikari tanpa bersandar nasib dengan tamadun orang kafir. Sebaliknya jika umat Islam lalai menegakkan ibadah bentuk yang ketiga maka semakin kurang kemajuan yang dicapai oleh umat Islam. Akhirnya umat Islam akan selamanya bersandar nasib dengan orang yang bukan Islam dan sampai kapanpun umat Islam akan hina diperhambakan orang.

Justru itulah kalau kita fahami maka ajaran Islam akan terlihat cantik, di samping kita mendapat kemajan di dunia, juga mendapat kemajuan di akhirat. Kemajuan yang dicapai tidak menimbulkan krisis sesama sendiri. Tetapi kalau kita tidak dapat memahami ajaran Islam dan lalai pula mengamalkannya, maka kita tidak akan mendapat kemajuan walaupun kita usahakan, sebaliknya kita bahkan akan berkrisis sesama sendiri.

Sekian, …………….

Kehilangan Pesawat MAS MH370 – Malaysia Berdoa!!

Tulisan di bawah ini diambil dari:

http://suaramuhajirin313.blogspot.com

Selamat membaca!

Malaysia sedang bersedih! Dengan apa yang berlaku terjadi, suasana sedih, pilu dan simpati berlaku di mana-mana. Rakyat Malaysia kelihatan ‘bersatu’ dengan insiden ini. Kebanyakannya melupakan perbedaan politik, agama, bangsa dan budaya bagi melahirkan perasaan yang sama menghadapi situasi yang menyedihkan ini.

Semua pihak kembali memperkatakan tentang kuasa Tuhan sahajalah yang menentukan segala-galanya. Masing-masing – tanpa disuruh – mendoakan dengan bahasa dan tatacara kepercayaan yang mereka anut. Bahkan suasana bersedih ini berlaku di mana-mana. Setiap pihak memberikan simpati dengan mengurangkan atau membatalkan aktiviti kegembiraan, bersuka ria atau berhibur. 

TV3 dan Media Prima khabarnya mengubah suai kandungan siarannya agar seiring dengan suasana kesedihan yang wujud  dimana-mana. Hari Ahad khabarnya MHI berlangsung ‘live’ sehingga ke petang. Perbincangan dan temu ramah dengan pakar-pakar berkaitan penerbangan menjadikan rakyat Malaysia semakin terbawa jauh ke dalam insiden ini bersama-sama. Ianya bukan lagi situasi yang hanya kena pada keluarga mangsa terlibat tetapi secara tidak langsung menarik semua rakyat Malaysia menjadi sebuah keluarga besar yang jika ‘dicubit paha kanan, paha kiri akan terasa juga.’ 

Kita tidak pasti apakah setakat ini Kementerian Penerangan telah menetapkan garis panduan siaran yang mengambil kira ‘mood’ kesedihan rakyat. Inilah yang Pak Lang ‘temui’ ketika membuka radio semasa memandu pulang ke rumah malam tadi. Apa yang ketara, kebanyakan stesen radio (dan diharapkan juga semua stesen tv) telah melakukan perubahan pada siaran mereka.

Gelak ketawa dan gurau senda berlebihan sudah berkurangan. Lagu-lagu berirama rancak dan keterlaluan – menurut seorang juruhebah radio perlu digantikan dengan nada yang bersesuaian. Rata-rata lagu yang dipilih untuk siaran bernada sederhana dan sentimental yang mempunyai elemen kasih sayang, kekeluargaan, keharmonian, keinsafan dan kesedaran. Irama nasyid serta lagu-lagu ketuhanan mengajak kembali kepada Tuhan menjadi pilihan sebahagian penerbit.

Ianya suatu yang mengharukan. Suasana ini bukanlah boleh dirancang atau dimesyuaratkan bagi mendapatkan kesepakatan. Ini adalah contoh betapa agungNya kuasa Tuhan. Dialah kuasa yang maha mengubah segaIanya. Rakyat Malaysia sedang didorong ke arah kesatuan rasa kepada Tuhan dan diperlakukan untuk saling menerima dan saling menghargai sesama kita. Inilah suasana yang semakin jelas kelihatan apabila kita memasuki hari kelima kehilangan pesawat berkenaan. 

Kita tidak tahu sampai bilakah ianya akan berlangsung. Semuanya bergantung kepada Tuhan yang maha kuasa bagi memberikan peluang untuk kita menyaksikan kebesaran dan kekuasaanNya. Dalam keadaan masing-masing tertanya-tanya tentang apa yang sebenarnya berlaku, semua rakyat Malaysia di mana jua berada hanya mampu berdoa.

Dua tiga malam terakhir ini sudah ramai rakyat Malaysia beragama Islam mengerjakan solat hajat. khusus memohon pertolongan Allah SWT. Di beberapa masjid tertentu, ramai jemaah berkumpul mengerjakan solat hajat secara berjemaah. Kita yakin ini adalah suasana yang sepatutnya wujud di negara kita. 

Jika kita bersungguh-sungguh mengajak seluruh rakyat kembali kepada Tuhan – secara serius dan komprehensif – insya Allah akan memberi respon terhadap doa dan rintihan kita semua.

Ya Allah, temukanlah MH370 !!!

Cara Hidup Sehat Mengikut Sunnah Nabi

RASULULLAH SAW jarang sakit. Mengapa? Apa rahasiahnya? Tentu banyak sekali. Sebab Bagindalah orang yang paling sempurna, iman, Islam dan Takwanya. Apabila Islam dilaksanakan, kesannya adalah hati yang selamat atau hati yang bertakwa. Kalau hati manusia sehat, selamat, sejahtera, maka akan sehat, selamat dan sejahteralah jasad lahir mereka dan bahkan kehidupan mereka di dunia hingga ke akhirat.

Sabda Rasulullah, maksudnya: “Sesungguhnya dalam diri manusia ada sekerat daging, maka apa bila ia sehat atau baik, baiklah seluruh jasadnya dan apabila ia sakit atau rusak maka rusaklah seluruh jasadnya. Ingatlah ia adalah HATI.

Ini beberapa cara hidup sehat yang Baginda amalkan:

1. SELALU BANGUN SEBELUM SHUBUH

2. Aktit menjaga KEBERSIHAN dan KESUCIAN. Lahir dan batin.

3. TIDAK PERNAH Makan Berlebihan Sabda Rasulullah saw yang berarti: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

4.GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah-rumah sahabat.

5.TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesehatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

6.OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan efek emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain harus banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah

7.TIDAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga stabilitas hati dan kesehatan jiwa, harus kita harus menjauhi dari sifat iri hati.

8.PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut untuk mendapatkan ketentraman hati dan jiwa.

Ampun ma’af, ……