pengertian ADIL

Adil Bukan Seimbang

Adil itu bukan seimbang
Tidak juga berarti ukuran sama panjang
Definisi ini adalah tanggapan biasa yang lumrah kita terima
Bukan takrif yang dikehendaki oleh Islam
Arti adil meletakkan sesuatu itu sesuai dengan tempat atau kedudukannya
Yang utama mesti diutamakan
Yang tidak utama mesti dikemudiankan
Yang penting didahulukan, yang tidak penting dibelakangkan
Yang wajib diutamakan, yang sunat atau yang jaiz ditinggalkan jika berlaku di dalam satu keadaan
Mungkin tidak boleh difaham jika tidak dihuraikan
Mari kita menghurai agar kita faham
Adil yang paling besar atau super adil Allah Taala kita jadikan sebagai Tuhan Kita sembah, kita besarkan, kita puja sepanjang masa
Kita cinta, kita takut dan ingat serta sebut di mana-mana
Jangan jadikan selain Allah sebagai Tuhan, atau kita utamakan dan besarkan lebih dariNya.
Adil martabat tinggi syariat Tuhan diutamakan atau didahulukan Atau hak Tuhan kita dahulukan
Peraturan manusia ditinggalkan Hak Tuhan kita utamakan hak manusia kita kemudiankan
Adil martabat rendah ialah mengikut faham biasa.
Adil martabat kedua mendahulukan hak ibu bapa dari kita
Guru-guru kita juga patut diutamakan dari kepentingan kita.

Mendahulukan hak suami dari kita adalah utama dan mulia Jika berkongsi berniaga saham sama banyaknya untung bagi dua
Kalau saham tidak sama untung diberi mengikut saham sedikit banyaknya
Jawatan yang hendak diberi kepada seseorang sesuai dengan kebolehannya
Gaji diberi sesuai dengan jawatan dan tanggungjawab.

Inilah dia arti adil dan keadilan Tapi kita sedih, adil yang diperjuangkan oleh para pejuang, adil martabat rendah.
Super adil dan adil martabat tinggi tidak diendah.
Bermati-matian keadilan peringkat rendah diperjuangkan hingga sanggup menumpahkan darah.
Keadilan martabat tinggi dan super adil diabaikan dan tidak diendah.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s